SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK DARIPADA PENGURUSAN DAN KAKITANGAN RESTORAN JAMAN TORY RESEPI : SEBARANG TEMPAHAN SILA HUBUNGI TALIAN 019-998 8212 / 09-573 2010

Sejarah Awal Wujudnya Jaman Tory Di Kuantan


Sejarah awal munculnya Jaman Tory di Kuantan ialah sekitar tahun 2006. Ketika itu hanya warung yang menggunakan meja lipat dan payung yang beroperasi di kawasan hadapan kawasan kedai di Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.




Ketika itu Jaman Tory dikenali sebagai "Juara Car Kuew Teow (CKT)". Selepas menghadapi berbagai cabaran perniagaan di lokasi terbabit, barulah lokasi dipindahkan di tapak baru (kedai tetap) yang dibeli sekarang sejak dua tahun yang lalu (2014).



Oleh kerana nama Juara Char Kuew Teow sudah didaftarkan (trademark) oleh pihak lain, maka nama telah ditukar kepada Jaman Tory yang berkonsep tradisional dan lama. Dengan penggunaan nama Jaman Tory, kini perniagaan lebih dikenali bukan sahaja kepada orang-orang tempatan malahan juga orang luar.



Rezeki Jaman Tory bertambah-tambah selepas beberapa bulan beroperasi di tapak baru. Resepi yang terdapat di restoran ini kebanyakkannya dicipta sendiri. Bahan-bahan biasa digunakan, cuma cara untuk olahkan resepi itu yang menyebabkan ia bertambah sedap dan menarik perhatian dan diterima oleh semua pihak.


Pada awal-awal restoran ini dibuka, menu utama hanyalah Char Kuew Teow dan Nasi Goreng sahaja. Sekitar bulan Ramadan tahun 2006 hingga 2008, barulah menu Daging Salai diperkenalkan. Pada awalnya, para pelanggan Jaman Tory belum boleh menerima menu baru ini, namun lama kelamaan ia semakin mendapat perhatian dan Daging Salai menjadi lebih popular dari menu asal Char Kuew Teow. 

0 comments:

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Twitter Delicious https://www.facebook.com/juara.teow Digg Stumbleupon Favorites More