SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK DARIPADA PENGURUSAN DAN KAKITANGAN RESTORAN JAMAN TORY RESEPI : SEBARANG TEMPAHAN SILA HUBUNGI TALIAN 019-998 8212 / 09-573 2010

"Jom Sahur TV3" Pilih Restoran Jaman Tory Resepi


Restoran Jaman Tory Resepi telah dipilih oleh pihak TV3 untuk rancangan "Jom Sahur" pagi tadi. Sebelum ini satu lagi rancangan popular TV3 iaitu "Jalan Jalan Cari Makan" turut mengadakan pengambarannya di sini. 


Pihak pengurusan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada krew-krew rancangan terbabit kerana sudi memilih Restoran Jaman Tory Resepi sebagai destinasi pilihan mereka. Jangan lupa nantikan siarannya sempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak. 

Info Peta Lokasi Ke Restoran Jaman Tory Resepi


Bagi anda yang ingin menjamu selera di Restoran Jaman Tory Resepi, anda boleh datang terus ke kawasan rumah kedai Taman Kota Ria bersebelahan dengan Perumahan MBSB di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Bagi anda yang datang dari arah Lebuhraraya Pantai Timur (LPT), boleh keluar di Plaza Tol Kuantan kemudian ikut jalan ke arah pusat bandar melalui Jalan Sungai Lembing.

Apabila berjumpa dengan simpang empat lampu isyarat Kuantan Medical Center (KMC), sila ambil simpang ke kanan (arah Komplek Tun Razak). Dalam jarak 100 meter, ambil simpang ke kiri dan kira-kira 1 kilometer buat pusingan U untuk ke Taman Kota Ria. 

Restoran Jaman Tory Resepi terletak di lot hujung sekali bangunan kedai tersebut. Alamat kami  di No A15 2/3 Indera Mahkota 2,  Bandar Indera Mahkota,  25200 Kuantan,  Pahang Darul Makmur.

Dari arah pusat bandar Kuantan, perlu melalui Jalan Bukit Ubi ke Indera Mahkota. Jalan melalui Masjid Tengku Ampuan Afzan di sebelah kiri, kemudian sampai ke persimpangan lampu isyarat masuk ke kiri. Jarak dalam 100 meter, masuk ke kiri dan ikut laluan di atas.


Dari arah UIAM dan ByPass Kuantan juga sila ikut laluan asal di persimpangan lampu isyarat seperti yang dinyatakan. Sila klik Peta Lokasi  untuk panduan jalan (Direction) ke Restoran Jaman Tory Resepi.

Moh Berbuka Puasa Di Restoran Jaman Tory Resepi


Sempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak ini, Restoran Jaman Tory menawarkan berbagai juadah berbuka puasa untuk para pelanggan. Menu terbahagi kepada triga iaitu Set A, Set B dan Set C. Kami akan beroperasi bermula dari jam 4.00 petang hingga jam 4.30 pagi. Kami juga menyediakan ruang solat bagi memudahkan para pelanggan semua. Salam Ramadan Al-Mubarak dari Restoran Jaman Tory Resepi.

Menu yang disediakan untuk bulan Ramadan ini ada tiga set iaitu Set A untuk dua hingga empat orang. Menu yang disediakan khas ialah Set Daging Salai Jaman Tory, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ikan Patin Bakar (500 gm) dan percuma Minuman Kordial dan Nasi Putih. Harga yang ditawarkan hanya RM72.90 sahaja. 


Menu kedua, Set B untuk lima hingga lapan orang. Menu yang disediakan khas ialah Set Daging Salai Jaman Tory, Gulai Ikan Patin Tempoyak,  Ayam Kampung Goreng, Burung Puyuh Goreng, Ikan Patin Bakar (1,000 gm) dan percuma Minuman Kordial dan Nasi Putih. Harga yang ditawarkan hanya RM161.90. 


Menu ketiga, Set C untuk sembilan hingga dua belas orang. Menu yang disediakan khas ialah Set Daging Salai Jaman Tory, Gulai Ikan Patin Tempoyak,  Ayam Kampung Goreng, Burung Puyuh Goreng, Sup Ayam Kampung, Ikan Patin Bakar (1,500 gm) dan percuma Minuman Kordial dan Nasi Putih. Harga yang ditawarkan hanya RM289.90. 


Sila buat tempahan awal untuk memudahkan urusan yang berkaitan. Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian hotline 019-9988212 atau 09-573 2010

Majlis Iftar Bersama Kakitangan Di The Zenith Hotel


Bagi menghargai barisan kakitangan Restoran Jaman Tory Resepi, satu majlis berbuka puasa (Iftar) telah diadakan di The Zenith Hotel pada 8 Jun lalu (3 Ramadan). Sokongan dan komitmen semua kakitangan telah membawa kejayaan yang amat bermakna untuk kami di Kuantan. Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang telah memilih Restoran Jaman Tory Resepi sebagai tumpuan menjamu selera sejak ia ditubuhkan. Sokongan semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.



Minuman Istimewa Restoran Jaman Tory Resepi


Antara menu minuman popular  yang disediakan di Restoran Jaman Tory Resepi ialah Bewah Cave, Green Tea Special, Green Tea, Fiat Green Float,Fiat Black Float, Fiat Kayor Float,Fiat Red Float, Kayor, Suke Soda Mango, Suke Soda, Suke Soda Cincau, Dadidum Jambu Batu Blanded, Mata Kucing, Lai Chi Kang dan Set Teh China.





Makanan Istimewa Restoran Jaman Tory Resepi


Antara menu makanan popular di Restoran Jaman Tory ialah Set Daging Salai (Masak Lemak Cili Api), Patin Bakar Tempoyak, Patin Goreng Panas-Panas, Ikan Kerai Goreng, Set Patin Tempoyak, Set Ayam Kampong, Sup Ayam Kampung, Set Burung Putuh Goreng, Yasai, Moyashi, Cisstebakorweh, Nasi Goreng Juara, Nasi Goreng Burung Puyuh, Nasi Goreng Ayam Kampung, Nasi Goreng Petai, Juara Char Kuew Teow, Mee Hailam C.K.T, Sizzling, Mee Sup Kole Triang, Kerang Rebus, Kerang Bakar Mee Rebus JT dan termasuk juga Rojak Buah-Buahan Tempatan. 


Jaman Tory Terima Kunjungan Selebriti Tanahair


Populariti Restoran Jaman Tory semakin terselah sehingga menarik perhatian pelanggan terutamanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air untuk singgah menjamu selera di sini. Antara artis-artis terbabit ialah Aznil Nawawi, Fahrin Ahmad, Nassier Wahab dan ramai lagi.

Kehadiran artis terkenal tanahair ini berjaya meningkatkan lagi populariti Restoran Jaman Tory kepada pelanggan dari seluruh negara. Ramai yang menjadikan restoran ini sebagai satu kewajipan untul menjamu selera tatkala berkunjung ke bandar Kuantan.

Twitter Delicious https://www.facebook.com/juara.teow Digg Stumbleupon Favorites More